tahun baru

| January 3rd, 2012

“selamat tahun baru”

bertukar tahun lagi. ada orang beranggapan inilah masa yang dinantikan untuk satu langkah baru. satu azam, cita-cita, wacana. tidak terlepas juga aku yang inginkan sesuatu, sesuatu yang aku sendiri boleh bagi. insyaallah.

“mulai tahun ini aku akan……..”

ya, tahun ini harapan untuk menulis tetap ada. kadang-kadang, semasa memandu terlintas bermacam ilham untuk menulis. tapi kaku apabila masa untuk menaip. malas bukan alasan. tua pun bukan alasan. jadi, tiada alasan… cuma takdir.

“takdir.. penentu segala…”

:-}

sesedap tidur

| November 29th, 2010

“tidur sedap ni…”

dalam tak sedar, itulah ucapan yang karap kali diucapkan. ucapan yang menyatakan bahawa tiada apa yang lebih baik dari tidur.

benarkah tidur itu sedap? memang itu adalah ibadat yang merehatkan, malah ada waktu tertentu disunatkan tidur.

kenyang…tidur, lapar…tidur, hujan…tidur, petang..tidur. boleh dikatakan dalam setiap keadaan, sesuai dengan tidur.

tidur; keperluan atau kehendak?

“tidur adalah mati sementara, mati adalah tidur selamanya”

mati; keperluan atau kehendak?

ouch..!

;-p

hari-hari awal

| October 26th, 2010

dalam masa terdekat ini, menulis disini bukanlah keutamaan yang menggembirakan. sesungguhnya, acara belajar ilmu kehidupan tetap diteruskan setiap hari. cara belajar pasti pelbagai; membaca, menulis, mendengar, dan penggunaan segala deria. deria yang membaca.

yang pasti cara paling malas adalah mendengar. cara orang malas, tatapi harapan untuk mengkaji apa yang di dengar tidak boleh diputuskan…

kini, telah diulang dengar, dan diulang nasihat agar sentiasa menjadi anak emak walaupun bergelar suami, mahupun bergelar ayah. bukan sahaja sentiasa menjadi anak emak, malah diingatkan agar menjadi anak emak yang tidak derhaka.

“semua dosa-dosa dilambatkan allah (pembalasannya) sesuka-nya sehingga hari kiamat, melainkan derhaka kepada ibu-bapa, maka sesungguhnya allah menyegerakan (bala-seksanya) bagi yang bersangkutan sewaktu hayatnya di dunia ini sebelum matinya”
~hadis

menjadi anak derhaka adalah satu kesalahan. merasakan diri adalah anak yang tidak derhaka, adalah satu kesalahan juga!

kucup, peluk, mohon ampun. berkhidmatlah, wahai yang bergelar anak. masa mungkin masih ada…

:-]

kolam 2

| October 6th, 2010

rasanya begitu juga dengan rezeki. kolam itu tidak dapat memasuki air yang baru jika airnya tidak dialirkan kepada tempat yang betul.

“takkan berkurang harta yang sedekah”

tidak kira dalam bentuk ilmu ataupun harta, itu semua adalah amanah. amanah yang akan ditanya satu hari nanti. semoga sebelum ditanya, ada ‘jawapan’ yang disediakan jawapannya dahulu.

“harta bukan milikmu, untukmu hanya rezki,
terkurang himpun lagi,
terlebih memberilah.”
~herman tino

memberilah…

:-]

kolam 1

| October 6th, 2010

anggaplah otak ini adalah seperti kolam. ada air yang tiada perisa. setiapkali ilmu baru masuk, air dalam kolam akan bertambah.

proses dimasuki ini air berterusan dari dalam perut ibu hinggalah ke perut bumi. namun, apa yang perlu dilakukan apabila kolam itu penuh sebelum diri memasuki parut bumi?

“sampaikanlah walaupun satu ayat”

apabila kolam penuh, pasti air baru tidak dalam masuk kedalamnya. air dalam kolam mesti dialirkan keluar. acara ‘mengalirkan air’ ini mesti dilakukan secara berterusan agar kemasukan air baru juga berterusan.

alirkan air, sampaikan ilmu.

:-0

pedang timbul

| October 6th, 2010

setelah lama tenggelam dengan serba keduniaan, aku kembali menaip disini. mahu menaip mengenai cerita orang yang sudah lama tidak menaip.

apabila ada keinginan kembali menaip disini, tertangguh juga disebabkan memikirkan apa yang ingin ditaip. kononnya, jika mahu kembali menaip, mesti kembali dengan gaya! bermakna; apabila kembali menaip, kembali dengan panulisan yang mengkagumkan. penulisan yang mengubat rindu semua yang minat membaca!

“berkatalah benar walaupun pahit”

aku ketawa sendirian memikirkan angan-angan itu! kalau penulisan itu seperti pedang, sudah pasti blog ini adalah pedang yang berlumuran karat.. walaupun dibuat dari besi, ia tewas dengan masa, air, dan udara.

“masa, air, dan udara; keselesaan yang melalaikan”

untuk kembali menggunakan pedang, perlulah diasah. namun ada satu soalan; “apa gunanya pedang yang tajam?”
tiada musuh untuk aku tikam, malah tiada sayuran untuk dipotong!

blog ini bukan kisah pedang, ini kisah orang yang menganggap dirinya adalah pedang. kononnya…

:-/

ucapan sebulan ini..

| August 17th, 2010

“saya sedang berpuasa”